Thursday, December 31, 2015

365/365

Assalamualaikum & Hi!





Alhamdulillah untuk semua memori tahun 2015.

Aku dah naik jemu menghadap lawak "tahun depan" dalam social media ni. Hahaha. Sebenarnya, aku patut study untuk exam minggu depan, tapi rasa macam hmm, ngantuk. Ok bye. LOL

Saturday, December 26, 2015

Rawak #1

Assalamualaikum & Hi!

Jadi, sekarang ni tinggal berapa hari lagi nak masuk tahun 2016? 5 hari lagi nak masuk tahun 2016 dan blog ni ada 5 entri je untuk tahun ini. Tahniah saya ucapkan kepada penulis. Kahkahkah. Ok semua, apa khabar? Saja tanya khabar sebab janji memang tinggal janjilah nak update kan. Aku rasa aku nak tulis blog ni guna bahasa melayu balik sebab aku rasa hmm fake betul aku menulis dalam bahasa inggeris. Hahahaha. 

Disebabkan aku tak ada jurnal mahupun entri dalam blog ni, jadinya aku pun dah ingat-ingat lupa apa je yang jadi tahun ni. Yang aku ingat hidup aku memang exam, assignment, cuti, exam, assignment, cuti. Hah tu je lah pun. Tahun ni aku kurang gila membaca. Maksud aku baca novel, kalau baca nota ke apa ke tu selalu sangat. Bukan sebab aku rajin, tapi tak nak repeat paper woi! hahaha. Tak tau kemana pergi semangat membaca yang dahulunya menjadi teman di dalam diri, gittew. Tapi jangan risau, rasanya semangat tu dah kembali.

Selain daripada semangat membaca yang dah ambil tiket business class pergi US, semangat cafe hopping aku juga turut sama berlalu dibawa angin. Tak taulah apa yang busy sangat sem ni. Baru nak bernafas dah ada test, baru nak duduk dah kena submit assignment. Ok aku tipu, aku memang suka buat kerja last minute, lepastu meroyan dekat library. Sem ni boleh dikatakan hari-hari, pagi-petang-siang-malam makan kat mamak. Mamak tu pun dah bosan dah tengok muka kita orang. 

Oh lupa nak cerita, kalau korang tak nak tau pun aku nak cerita jugak. Sem ni aku ada 6 subjek, ye aku tau sikit. Hahahaha. Antara 6 subjek ni, subjek yang paling aku tak suka mestilah Malaysian Economy. HAAA GITUUUU! Jadi, kelas ME ni hari Jumaat dua jam, minggu ni dengan minggu depan kan ke hari Jumaat cuti? Kau nampak tak betapa seronoknya aku? Yang tak seronoknya, minggu pertama januari tu mid semester exam ya semua. Haah, dok cuti cuti cuti lepastu sambut tahun baru anda dengan peperiksaan. Heaven sangat.

Plan asal aku memang nak update entri ni dengan gambar, tapi rupanya gambar tak ada. Haaa, kalau korang rajin nak baca karangan tak ada motif ni silakan. HAHAHAHAHAHAHA.

Ok,bye.

p/s: Selamat tahun baru, korang ada lagi 5 hari nak tunaikan azam tahun ni! LOL
 

Blog Template Edited by Me