Friday, September 16, 2016

LIFE UPDATE - JOGJAKARTA, ADVOCACY TEST & MISI RAYA!

Assalamualaikum & Hello Everybody!

Penggunaan huruf besar serta tanda seru yang teramat efektif di situ. Hai semua! Kalau ada yang baca lagilah blog ni sebabnya aku rasa dah lebih 5 kali aku tukar url. Tak tahu kenapa kena tukar url tapi tangan gatal nak tukar url hahahaha. Macam biasa, 10 kali aku kata aku nak update blog, tapi tak juga ber-update. So, sekarang ni aku update semua sekali, haa semua! Gambar je la tapi. Rajin pulak aku nak menaip pukul 1 pagi ni. Kalau assignment tu aku gagahkan juga, tapi ni blog sendu sahaja. 

#alfitakesjogja

Ini cerita 31/3/2016-3/4/2016. Kalau boleh peram lagi gambar-gambar ni semua memang aku peram sampai aku lupa aku pernah jejakkan kaki di bumi Jogjakarta ittew. Dramatik betul. Gambar-gambar yang aku share dekat sini tak sampai 5% pun daripada jumlah gambar yang terkumpul di dalam hard disk! Mana tidaknya, ada gambar dari phone, gambar dari kamera orang lain, gambar dari photographer. Haaa, kelas kau pergi trip bawak photographer. Ok, aku bukan Che Ta yang gigih ittew, hahahahaha! Ni trip fakulti, so memang ada gambar untuk documentation. Jadi, anggap je la manusia yang usung DSLR 24/7 sepanjang trip tersebut sebagai photographer walaupun gambar yang ada aku pelik-pelik dan memalukan semuanya. *lap air mata*


Aku malas nak cerita dari hari pertama sampai hari keempat, gambar-gambar ni pun tak tersusun sangat sebenarnya. Aku masukkan je. Secara keseluruhannya, aku SUKA GILA Jogjakarta. Kecuali part shopping. I am not a big fan of shopping. Aku jenis kalau travel ke mana-mana aku suka jalan-jalan cari makan, cari jodoh, tengok culture, cari kopi, haaa carilah apa kau nak! Tapi apakan daya, kawan-kawan aku semua suka shopping, jadi terpaksalah join juga walaupun haromm aku nak beli t-shirt lah kain batik lah. Aku beli selipar batik tu pun sebab kaki aku melecet pakai kasut, kalau tidak memang aku beli keychain bercorak batik sahaja. Hahahaha!


Aku tak suka belajar sejarah. Tapi, aku suka pergi tempat-tempat bersejarah. Sebab tempat-tempat macam ni biasanya cantik dan penuh dengan cerita. Jangan suruh aku duduk dalam kelas dan dengar pasal subjek sejarah. Bukan kata anak syaiton, macam-macam jenis syaiton bergayut dekat bulu mata aku yang sebenarnya macam ada tak ada je ni.


Aku tak ingat berapa banyak anak tangga yang aku kena panjat untuk sampai dekat atas. Tapi, tangga dia bukan banyak sangat pun, cuma tangga dia hmm tinggi bukan main! Sesiapa yang plan untuk pakai seluar jeans yang ketat ittew lupakan sahaja sebab takut nanti ada tragedi yang tidak diingini pula. Hahahaha! Apa yang pasti Candi Brobudur ni cantik gila. Tapi sayangnya kita orang tak lama pun dekat atas tu sebab hari nak hujan and tempat tu pun nak tutup. So, terpaksalah keluar sebab nak pergi bas jauh, payung pun tak ada. Ingat ni cerita Dilwale ke nak menari dalam hujan?

Advocacy Test


Semester 6 berjaya menjadi semester paling berpuaka dalam hidup aku sepanjang aku jadi pelajar law and commerce ni! Test, assignments, mid-sem, final exam, final project, drama dalam kelas, apa lagi, you name it! Semua ni datang bertimpa-timpa. Nak aje aku nasihatkan semua benda ni "hey, ribut pun tahu berhenti tau!". Tapi, apakan daya, tak student-lah kalau rileks je memanjang.

So, advocacy test ni aku punya final project untuk subject Criminal Procedure. Jantung rasa nak hilang masa tunggu turn kau tahu. Padahal bukannya first time. Kalau orang tanya aku, aku nak jadi lawyer ataupun tidak? Mestilah aku TAK NAK! Aku boleh submit in the court, tapi aku tak suka buat written submission. Serious aku rasa nak baling je laptop dan segala jenis akta dari tingkat 22. Dahlah masa tu bulan puasa. Nasib baik dapat A subjek ni, kalau tidak memang aku kurung diri dalam almari. (muat ke masalahnya?)

Misi Raya

Ini masa pergi beraya rumah manusia-manusia paling kecoh satu Malaya. Haa inilah dia. Kita orang kalau dah gelak, memang kalau ada potential mother-in-law lalu dia reject terus. Tak fikir banyak. Gelak macam syaiton. Dasar masing-masing mudah terhibur. Ok yang mudah terhibur tu aku sebenarnya. hehehe


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah masing-masing yang gigih gila memasak. 


Aku rasa itu je la yang berlaku dalam hidup aku sepanjang Mac-September. Benda lain pun benda yang normal la. Dah tak rajin dah setiap kali nak makan, ambil gambar sebab nak update blog. Paling rajin pun aku ambik gambar post dekat instagram. Itupun kalau rajin, biasanya aku snapchat je. Eh tak, yang paling biasa sekali aku makan je terus tak ada kisah nak bergambar bagai. LOL!

Kalau tak ada aral yang melintang (kenapa skema sangat?), minggu depan aku naik semester 8 which will be my final semester before internship! Seronok nak habis belajar tapi cuak jugak sebenarnya nak keluar dari zaman student ni. Rasa macam baru je masuk foundation tetiba dah nak habis degree. Masa ni dah boleh belajar bertenang kot, jangan nak cepat sangat. Haih.

Ok, ni je update yang ada. Kalau aku rajin (entah bila) aku update-lah lagi.

P/s: Aku memang tutup comment box tapi kalau nak tanya apa-apa boleh tanya dekat ask fm. Link ada dekat bahagian profile. 

Bye, see you soon!

 

Blog Template Edited by Me