Tuesday, January 10, 2017

Mak Cik?

Assalamualaikum & Hello Everybody!

Tak tau lah nak kategorikan cerita ni sebagai cerita lawak ataupun sedih ataupun kena terima hakikat.



Tadi masa tengah baca Kisah Rumah Tangga dekat Facebook (of course I follow page itu. Hahahaha), ada notification live video. Sebenarnya aku agak irritated juga dengan notification tersebut sebab aku tengah busy judging masalah rumah tangga orang. Sekali tengok nama, hmm, dah apahal pulak budak ni buat live video? Sebab curiousity kills the cat, aku pun tengoklah live video tersebut. Oklah, bukan tengok, dengar je sebab mata masih lagi membaca masalah rumah tangga.

Yang buat live video tu anak sedara aku, which is tahun ni umur 18 tahun. Hahahaha jarak 4 tahun je dari aku. Sebenarnya kawan dia yang buat live video tu guna phone dia, dia tak perasan. Bila dia perasan, jeng jeng jeng...

Anak sedara: Weh kau buat live video!
Kawan dia: Alah tak pe bukan ada orang tengok pun.
Anak sedara:...
Kawan dia: Weh ada! Alah mak cik kau.



OH MY GOD! FOR THE LOVE OF ALMIGHTY, dia panggil aku mak cik! Walaupun secara literalnya aku memang mak cik kepada anak sedara aku tu tapi hmm tak payah lah panggil mak cik! Halah. BTW, anak-anak sedara aku memang panggil aku ucu. So, bila tetiba orang panggil mak cik rasa macam "hello, I baru 22 tahun ok. 21 tahun 3 bulan 1 minggu dan 14 hari kalau nak lebih tepat."

Terus rasa stress secara tiba-tiba sebab dipanggil mak cik. This is not the first time tho. Dulu pernah kena jugak. Dengan kawan anak sedara jugak. Diorang tengah main bola dekat padang, bola tu sampai dekat kaki aku. Then diorang nak mintak tolong pass-kan bola tu pada diorang. 

"Mak cik, boleh tak tolong pass-kan bola tu?"

What The Duck! I was 17 ok at that moment. Rasa macam gelap sikit masa depan. Tapi terpaksa lah pass jugak bola tu. Takkan nak mogok hentak kaki bawak balik pula bola tu. Anak sedara aku pulak dah gelak sakan dekat situ. Eyy dasar!

Moral of the story, hmm, sudah-sudahlah makan burger pukul 11 malam. Bukan burger biasa pula tu. Benjo special cheese lagi. Kahkahkah. 


0 comments:

 

Blog Template Edited by Me